Kemas kini ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan beberapa wakil negara masih kekal dalam kedudukan 10 terbaik dunia selepas tamat kempen Piala Thomas dan Piala Uber di Forum Horsens, Denmark minggu lalu.
Pemain perseorangan lelaki, negara, Leong Jun Hao, tergelincir satu anak tangga apabila berada di tempat ke-26, sementara pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia berada di tempat ke-82.
Advertisement
Prestasi memukau K. Leshanaa berjaya meletakkan dirinya di tempat ke-32 memperbaharui satu anak tangga sebelum ini.
Kategori beregu lelaki menyaksikan tiga wakil masih berada dalam kelompok 10 terbaik di mana Aaron Chia-Soh Wooi Yik di belakang pendahulu, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, dan Man Wei Chong-Tee Kai Wei masih tenang di tangga keenam.
๐ BWF World Ranking
๐ธ Mixed Doubles
๐ 5 May 2026
Ye/Chan (TPE) and Smith/Gai ๐บ๐ธ achieve new career high at 10 and 22.#Badminton #TUC2026 pic.twitter.com/2JG3I6Nw64โ Statminton (@Statminton) May 4, 2026
Gandingan profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terjatuh dua anak tangga dan sekarang berada di nombor sembilan di atas musuh tradisi dari Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen.
Pearly Tan-M. Thinaah kekal selaku wakil sulung negara dalam kedudukan 10 terbaik beregu wanita dunia.
Dan, juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, berada di tempat keempat.