Perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, ditawarkan peluang untuk kembali dan berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM) menjelang kempen Piala Thomas pada April depan dan ini tiga sebab Zii Jia perlu memanfaatkan peluang kembali ke ABM.
1. Berlatih bersama Jun Hao dan Justin Hoh
Advertisement
Buat masa ini, Leong Jun Hao dan Justin Hoh boleh dikategorikan berada pada tahap sama. Meskipun Zii Jia berada di tahap lebih baik sebelum ini, namun perkara itu tidak berlaku selepas dia bergelut dengan kecederaan selain kehilangan momentumnya.
Maka, kembali berlatih di ABM dengan mengadakan sesi latihan bersama Jun Hao serta Justin serta pemain-pemain perseorangan lain secara konsisten merupakan langkah yang ideal buat pemenang gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu.
Dia berpeluang mendapatkan latihan dengan intensiti tinggi selain perlawanan yang berkualiti bagi membina keserasian selain meningkatkan keyakinan menjelang Piala Thomas yang akan membuka tirai pada 24 April nanti
2. Mendapat konsultan daripada pakar di ABM
Sekiranya Zii Jia kembali ke ABM dalam tempoh yang singkat ini, semestinya dia akan mendapat konsultansi bertaraf antarabangsa terutamanya daripada pengarah kejurulatihan perseorangan, Kenneth Jonassen, dan juga bekas pemain nombor satu dunia Lee Chong Wei, selain ketua jurulatih perseorangan lelaki, Datuk Tey Seu Bock.
3. Masih terdapat masa yang mencukupi untuk mengembalikan keyakinan Zii Jia
Malah, sokongan daripada tiga pemain berpengalaman dalam sukan badminton penting untuk mengembalikan moral pemain di ranking ke-86 dunia itu lebih-lebih lagi untuk mengembalikan keyakinan selepas dia tersingkir awal ketika pusingan kelayakan Terbuka Switzerland dan Orleans Masters.
Sekiranya dia mengambil keputusan untuk kembali ke ABM, juara Seluruh England edisi 2021 itu mempunyai tempoh sebulan untuk membuat persediaan bersama skuad negara dan mengembalikan momentum terbaiknya.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Lee Chong Wei, juga percaya Zii Jia memerlukan satu kejayaan kecil bagi membina semula keyakinan pemain berusia 27 tahun itu sebelum kembali ke prestasi asalnya.
"Saya nampak dia bermain, tetapi keyakinan dia hilang. Dia seperti tidak tahu apa yang mahu dilakukan di dalam gelanggang.
"Sebagai atlet, saya faham situasi ini. Dia hanya perlukan satu kemenangan, tidak kira kejohanan kecil atau besar, untuk mengembalikan semula keyakinannya,"