Skip to main content

Badminton

Dedah 'dark side' badminton Korea, Ahn Se-young terima Anugerah Demokrasi & Keamanan

Dedah 'dark side' badminton Korea, Ahn Se-young terima Anugerah Demokrasi & Keamanan

Bintang badminton dunia, Ahn Se-young, terus mencipta impak di luar gelanggang apabila dianugerahkan April 19 Democracy and Peace Prize sebagai pengiktirafan terhadap keberaniannya mendedahkan isu salah laku dalam komuniti badminton Korea.

Majlis penyampaian anugerah edisi ketujuh itu berlangsung di Korea Press Center, Seoul, dengan Se-young membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak 50 juta won (RM134,710) selain plak penghargaan.

Advertisement

Se-young yang juga juara perseorangan wanita Sukan Olimpik Paris 2024 menegaskan bahawa pengiktirafan tersebut bukan hasil usahanya seorang.

“Anugerah ini adalah hasil sokongan semua yang bersama saya. Dalam setiap detik sukar, mereka yang membuatkan saya percaya kepada proses, bukan sekadar keputusan,” katanya.

Dia turut menegaskan akan terus memikul tanggungjawab untuk membawa perubahan positif dalam dunia sukan.

Menurut jawatankuasa pemilihan, Se-young tidak dipilih hanya kerana statusnya sebagai pemain nombor satu dunia.

Sebaliknya, faktor utama adalah keberanian mendedahkan isu dalaman badminton Korea, kesediaannya berdepan risiko dan kritikan serta komitmen terhadap integriti sukan.

Tindakan Ahn membuka ruang pembaharuan bukan sahaja dalam badminton, malah dalam landskap sukan Korea secara keseluruhan.

Selepas kejayaan meraih emas di Paris, Se-young tampil lantang mendedahkan beberapa isu utama, antaranya kelemahan pengurusan kecederaan atlet kebangsaan, tekanan menggunakan peralatan penaja tertentu serta amalan tidak telus dalam pentadbiran.

Se-young bukan hanya dominan dengan raket di tangan -- tetapi juga berani mempertahankan prinsip di luar gelanggang.

Must Watch Video