Raja Pecut Pekak Asia Tenggara, Muhammad Zamir Azman, muncul terpantas dengan catatan 23.31 saat berbanding dua lagi wakil negara, Hazrul Shah dan Muhammad Zumar Azman, di peringkat saringan acara 200 meter Deaflympics Tokyo, sebentar tadi.
Begitupun, catatan terbabit belum cukup untuk menempatkannya dalam saingan separuh akhir.
Advertisement
"Pelari dari Amerika Syarikat, China dan Russia memang hebat selain cabaran berlari dalam cuaca berangin dan sejuk," katanya.
Dalam masa sama, Ratu Pecut Pekak Asia Tenggara, Nur Andrina Zainuddin, mencatat masa 27.85 saat di peringkat saringan acara 200 meter wanita untuk menamatkan saingan di kedudukan kelima.
Dan dia turut menempah kekecewaan serupa apabila terlepas ke peringkat separuh akhir.
"Saya rasa mampu ke separuh akhir tetapi catatan tidak mengizinkan.
"(Di sebalik) pelari-pelari lain memberikan cabaran yang sangat besar tetapi yakin mampu berikan saingan.
"Cuma faktor cuaca sejuk menyebabkan saya kehilangan fokus," katanya.