"Bapa borek, anak rintik"
Ungkapan tersebut selalu menjadi perbualan apabila sang anak mengikuti jejak langkah ibu atau bapanya.
Buat pemain Speedy Tigers, Firhan Ashari, mungkin ramai yang tidak mengetahui ketika masih kecil, dia juga sebenarnya menceburi arena push bike dan menunjukkan minat mendalam sukan tersebut sebelum beralih ke dunia hoki sebagai kerjaya profesionalnya.
Situasi sama berlaku apabila anaknya, Muhammad Akid Danishh, yang turut meminati sukan push bike sejak berusia dua tahun dan disokong penuh ayahnya, untuk menceburi sukan tersebut secara serius.
"Pertama sekali nama dia Akid Danish, apabila saya buat latihan dia sentiasa ikut saya dengan basikal saya.
"Daripada situ kita lihat dia berminat dengan berbasikal.
"Untuk perkembangan anak-anak saya rasa bagus kerana selepas dia sertai dia kurang sakit mahupun demam, dia akan ada karakter lain dan lebih matang.
"Cadangan saya sangt bagus untuk sertai sukan ini. Dia minat hoki juga tetapi sukan apa yang boleh buat dia aktif dahulu, jadi pada usia ini saya lihat pada usia dua tahun sudah boleh bermula." tambahnya.