Bekas raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad, percaya potensi Azeem Fahmi untuk mencipta sejarah sebagai pelari pertama negara mencatat masa bawah 10 saat masih terbuka luas, namun menegaskan ia hanya mampu direalisasikan dengan disiplin luar biasa.
Tambahnya, misi memecahkan tembok 10 saat bukan sekadar bergantung kepada kepantasan semata-mata, sebaliknya menuntut ketekalan, kekuatan dan ketepatan dalam setiap fasa larian.
Advertisement
Jika semua elemen itu dapat diterjemahkan dengan sempurna, dia yakin penuntut Universiti Auburn itu memiliki segala ramuan untuk melakar sejarah baharu olahraga negara.
"Potensi ada tapi ia memerlukan disiplin yang sangat luar biasa.
"Dia perlu beri tumpuan untuk menjana daya, mencapai kelajuan maksimum dan mengekalkannya sepanjang perlumbaan.
"Ini bukan sekadar kelajuan, tapi tentang konsisten, kekuantan dan ketepatan larian dalam setiap fasa larian," katanya di Nadi Arena.
