'Bulan di luar negara lebih bulat'
Berikut merupakan penegasan ungkapan Cina daripada bekas juara dua kali Terbuka Malaysia, Koo Kien Keat, yang mengakui sudah tiada hati untuk menjadi jurulatih badminton kebangsaan.
Advertisement
Ia merujuk kepada tawaran yang tidak setimpal dengan statusnya sebagai bekas pemain yang memiliki deretan kejuaraan di peringkat dunia.
Apa yang lebih menarik adalah nilai tawaran yang terlalu ketara buat jurulatih tempatan berbanding dengan jurulatih luar negara merupakan sebab utama dia tidak akan terfikir ke arah itu.
Happy New Year from all of us at BAM! 🎉
Here’s to a year of growth, grit and glory - together🏸💪🇲🇾#GemilangkanLagi#BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/MHLuOLgB37— BAM (@BA_Malaysia) December 31, 2025
"Kalau Cina ada ungkapan bulan di luar negara lebih bulat, jika negara sendiri tidak bulat sangat. Sudah tiada hati, bukan kecewa tetapi saya ada komitmen saya sendiri dan komited untuk 2026," katanya.
Kehadiran Kien Keat yang pernah menjuarai kejohanan itu pada edisi 2007 dan 2010 itu adalah sebagai tonik dan berkongsi pengalaman dalam memastikan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei mampu kembali berada pada puncak prestasi.
"Saya datang untuk membantu DinFei dengan rela, tiada ambil apa-apa. Sesiapa yang perlu khidmat saya akan rela membantu.
🔥Koo Kien Keat ‘tawar hati’ dan menolak dari menerima sebarang tawaran sbg jurulatih🏸 dari BAM.🇲🇾
Dia juga terkilan dengan perbezaan ketara bayaran jurulatih tempatan dan luar negara ketika ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/9hBkwoFvUZ— Faizal Bazari (@faizalbazario) January 5, 2026
"Tiada komitmen apa-apa dengan mereka, hanya ada dua minggu. Terbuka Malaysia ini saya ada masa, jadi harap dapat bantu mereka." katanya.