Skip to main content

Bola Sepak

'Bila semuanya selesai baru nangis'

Rizqi

Pemergian seorang ayah bukan sekadar meninggalkan watak kekosongan dalam keluarga, tetapi memaksa seorang anak lelaki membesar lebih awal daripada usianya.

Bagi jeneral tengah skuad Malaysian University (MUFT), Asyraaf Rifqi Rosli, yang juga merupakan anak lelaki tokoh sepak takraw negara, Allahyarham Rosli Ab Rahman, kehilangan insan paling penting menjadi titik perubahan, bukan sahaja sebagai seorang anak muda yang mengejar impian di padang, malah  pemikul tanggungjawab besar sebagai tonggak keluarga.

Advertisement

Asyraaf Rifqi Rosli, menerima hakikat menyambut perayaan tanpa insan bergelar bapa yang meninggal dunia pada tahun lalu.

Dan, tidak mahu menghampakan keluarganya, Asyraaf menggalas tanggungjawab selaku ketua keluarga pada usia muda meskipun belum menamatkan pelajaran.

Baginya, definisi besar memikul cabaran besar itu bukan sekadar soal umur mahupun gelaran ayah, tetapi satu kewajiban membantu ahli keluarga bersama.

"Saya sedar ambil alih selaku ketua keluarga sejak menguruskan jenazah arwah ayah.

"Saya bayarkan zakat untuk ahli keluarga. Ia perlahan-lahan menjadi tanggungjawab saya.

"Saya masih seorang pelajar. Saya perlu menghabiskan pelajaran terlebih dahulu.

"Saya tidak sempat untuk mengeluarkan air mata sewaktu menguruskan kematian arwah ayah.

"Setelah semuanya selesai, barulah saya menangis. Saya tidak mahu bersedih di hadapan keluarga," kongsinya bersama wartawan Astro Arena, Husna Zainudin. 

MUFT dalam Liga A1 Semi-Pro ketika ini menghuni carta ke-13 dibezakan satu mata daripada kelompok tiga tercorot.

Must Watch Video