Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Bekas Ahli Lembaga Pengarah MFL tegur isu semasa Liga Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Kamarul

Isu kewangan terus menjadi sensasi utama dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), sama ada pada awal, pertengahan apatah lagi penghujung musim.

Baru sahaja memasuki pusingan kedua liga 2025/26, cerita membabitkan isu tunggakan gaji dua kelab iaitu Kelantan Red Warrior dan PDRM sudah mendapat perhatian First Instant Body (FIB).

Advertisement

Impama acuan sedia ada, drama ini kekal berterusan saban tahun membawa kepada persoalan, adakah proses saringan kelab sebelum bermula musim baru tidak dijalankan dengan sebaiknya.

"Kegagalan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menyaring pasukan menyertai adalah serius dan perlu diambil tindakan sewajarnya.

"Jika berterusan seperti ini, kalau kemeriahan bola sepak Malaysia bersandarkan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) sahaja, tiada saingan daripada pasukan-pasukan lain yang sekadar penyertaan akan merencatkan liga itu sendiri.

"Tiada penaja besar akan masuk. Tiada jenama besar mahu jadi penaja utama," kata bekas Ahli Lembaga Pengarah MFL, Datuk Kamarul Ariffin.

Mantan pengurus Harimau Malaya itu juga mengakui nilai kenegerian sering memeriahkan kancah tempatan.

"Kita kehilangan Sri Pahang, Kedah dan Perak dalam satu musim. Semua ini memiliki nilai komersial yang tinggi.

"Apa guna kita mempunyai 10 pasukan Imigresen atau 10 kelab PDRM pun jika tiada nilai langsung.

"Ia tidak mempunyai kelab penyokong yang besar. Anggota PDRM sendiri tidak menyaksikan PDRM bermain," tambahnya. 

Must Watch Video