Bermula 2027, kejohanan utama badminton siri jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan lebih meluas.
Sudah semestinya akan menawarkan pengalaman lebih menarik dan paling penting persaingan semakin hebat.
Advertisement
Badan induk dunia itu dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa kejohanan bertaraf super 1000 akan menjadi milik lima tuan rumah iaitu Malaysia, China, England, Indonesia dan terbaru Denmark yang dinaik taraf daripada super 750.
Sebagai tambahan, pertandingan super 1000 akan berlangsung selama 11 hari berbanding tujuh hari serta menawarkan peningkatan jumlah hadiah (RM7.87juta).
BWF has officially confirmed the hosts for the 2027–2030 World Tour cycle, introducing a revamped structure featuring 36 tournaments across the four-year period.
Super 1000
4 ➡️ 5 tournaments
✅ Denmark Open: S750 ➡️ S1000
Super 750
6 ➡️ 5 tournaments
✅ Hong Kong Open: S500… pic.twitter.com/PfTPKKORc5— Giarc Nibisna 🌺🇲🇾 (@craigansibin) February 9, 2026
"Pengenalan format dua minggu di lebih banyak peringkat kejohanan adalah satu penambahbaikan yang dirancang untuk memperbaiki kondisi permainan bagi pemain-pemain terkemuka dunia," menurut kenyataan itu.
Ia, sekali gus dapat menjaga kebajikan pemain agar mendapat rehat yang mencukupi sebelum turun bermain pada keesokan harinya.
Kejohanan Dunia BWF pula akan menggunakan format kumpulan diikuti pusingan kalah mati, memastikan semua pemain beraksi sekurang-kurangnya dua perlawanan. Langkah ini mengurangkan penyingkiran awal dan meningkatkan pembabitan peminat di lebih banyak pasaran.
Bagi Piala Sudirman, Piala Thomas dan Piala Uber pula, cadangan menambah bilangan pasukan turut menjadi topik utama tatkala kejohanan akan menjadi lebih berprestij dan membuka lebih banyak cabaran.
Pelbagai inisiatif terbaru turut diperkenal dan diperluas. Aspek penyiaran dan kehadiran penonton turut dibincangkan.