Skip to main content

Bola Sepak

Keputusan CAS: Konfederasi Bolasepak Asia beri jaminan tidak akan kenakan sebarang pengantungan

famn

Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul, memberikan jaminan tiada sebarang penggantungan akan berlaku daripada pihak badan induk bola sepak Asia itu sendiri selepas keputusan dari CAS semalam.

Merujuk kepada artikel 25 Kod Disiplin AFC, hanya menyebut tindakan pembatalan perlawanan yang membawa kepada keputusan 3-0 selain tiga mata akan diberikan kepada pihak lawan.

Advertisement

Manakala, Artikel 56 berkait tindakan atau denda ke atas pemain dan persatuan dengan jumlah minimal 1000 dolar.

Kedua-dua kod artikel disiplin ini tidak menyentuh tentang sebarang tindakan penggantungan membabitkan isu tujuh pemain Malaysian Abroad yang terlibat secara tidak langsung dalam pemalsuan dokumentasi

Usaha FAM bagi membersihkan nama kesan daripada isu pemalsuan dokumen nampaknya gagal membuahkan hasil.

 

 

 

 

 

CAS memilih untuk mengekalkan hukuman denda RM1.8 juta ternyata ia membawa maksud tidak ada sebarang ruang atau bukti kukuh untuk badan itu mengenepikan  pertuduhan yang berlaku.

"Jadi Artikel itu yang memberikan kuasa kepada Jawatankuasa Disiplin, jika dilihat kedua-dua Artikel itu tidak merujuk kepada penggantungan persatuan atau pasukan dan sebagainya.

"Tetapi kuasa diberikan kepada jawatankuasa untuk ambil keputusan lebih daripada apa yang telah termaktub dalam kod.

"Jadi kita perlu melihat seperti biasa FAM akan dikenakan denda berkenaan kes ini dan tempoh masa untuk menjawab tuduhan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Must Watch Video