Skip to main content

Hoki

Tahniah Malaysia layak ke Piala Dunia!

Tahniah Malaysia layak ke Piala Dunia!

Skuad hoki negara layak ke Piala Dunia Hoki 2026 Belanda-Belgium, walaupun akan menentang Jepun dalam penentuan tempat 3/4, esok.

Ini kerana, dalam satu lagi aksi penentuan 3/4 pada kelayakan di Chile, menemukan Wales dan Poland -- pasukan yang berada di ranking lebih rendah berbanding Malaysia (ke-13 dunia).

Advertisement

Terdapat dua senario yang bakal dihadapi Malaysia:

1. Menamatkan pusingan kelayakan dalam kelompok tiga terbaik. Kemenangan ke atas Jepun secara automatik memberi tiket sebagai salah satu daripada tiga pasukan teratas.
2. Jika tewas, masih ada peluang terakhir melalui slot keempat -- diberikan kepada pasukan tangga keempat dengan ranking dunia tertinggi.

Dengan ranking dunia Malaysia kini ke-13, lebih tinggi daripada pasukan tangga keempat lain seperti Wales dan Poland, ini bermakna Malaysia sudah layak ke Piala Dunia.

Peminat hoki seluruh negara kini menantikan aksi bersejarah ini, dan kemenangan ke atas Jepun atau slot keempat sekalipun, Malaysia bakal meneruskan tradisi cemerlang di pentas dunia.

Kejohanan Hoki Piala Dunia 2026 akan berlangsung di Belanda dan Belgium 15 hingga 30 Ogos ini.

Topik Berkaitan

Must Watch Video