Skip to main content

Badminton

Seluruh England: Satu wakil negara sah ke separuh akhir, FeiDin pulang, Pearly-Thinaah harapan wanita

AE

Hari ketiga Kejohanan Badminton Seluruh England 2026 menyaksikan tiga wakil negara daripada lapan peserta berjaya lolos ke suku akhir di Arena Utilita Birmingham, hari ini.

Hasrat pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, selaku wakil tunggal beregu campuran Malaysia tidak kesampaian apabila pilihan kedua kejohanan dari China mudah mengatasi mereka dengan kemenangan straight set 16-21, 18-21.

Advertisement

Sensasi beregu muda lelaki negara, Kang Khai Xing dan Aaron Tai, juga terhenti meskipun mempamerkan persembahan terpuji, namun keunggulan Chen Bo Yang- Liu Yi memusnahkan impian mereka di pusingan 16.

Segalanya tidak menjadi buat Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tatkala akur kepada negara jiran, Indonesia, dalam pertembungan sengit dua set dalam tempoh 37 minit. Kebangkitan hampir menjelma pada set pertama, namun Muhammad Rian Ardianto-Rahmat Hidayat lebih baik mematikan langkah ranking kelapan dunia itu.

Selepas mara ke suku akhir buat kali ketiga berturut-turut dalam kejohanan badminton tertua dunia itu, kini tumpuan terarah kepada pilihan kedua, Pearly Tan-M. Thinaah, selaku wakil tunggal beregu wanita untuk menewaskan Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasri petang ini.

Berdasarkan rekod pertemuan dan perbezaan ranking, jelas Pearly dan Thinaah memiliki kelebihan terbaik.

Dan, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi perlu menghadapi 'perang saudara' susulan bertemu rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, bagi menentukan siapakah lebih layak ke separuh akhir. 
 

Must Watch Video