Skip to main content

Berita Sukan Am

Atlet Under Armour Malaysia buktikan keupayaan Velociti Distance, Velociti Elite Three

kj

Jenama pakaian sukan terkemuka dunia, Under Armour Malaysia, menganjurkan Velociti Race buat julung kalinya di Arena Sukan Kuala Lumpur bagi mempromosikan keluaran kasut larian terbaru, Velociti Distance dan Velociti Elite Three.

Velociti Race merupakan cabaran larian sejauh 1.6 kilometer bagi menguji tahap kecergasan peserta sepanjang empat pusingan trek.

Advertisement

Velociti Race ini terbuka kepada umum tanpa mengira latar belakang peserta, seiring dengan semangat yang diketengahkan Under Armour Malaysia -- “No Invitation Needed".

Majoriti peserta yang melakar catatan masa terbaik hadir daripada kelompok yang mengenakan kasut Under Armour, Velociti Distance dan Velociti Elite Three, bagi membuktikan keberkesanan teknologi sains sukan kasut keluaran terbaru tersebut.

"Kami mahu menggunakan peluang ini -- tanpa perlu jemputan -- dengan mempelawa semua agar berminat terhadap sukan, kehidupan yang sihat melalui larian.

"Ini kali pertama kami mengadakan lumba lari seumpamanya di Malaysia dalam usaha mempromosikannya  kepada komuniti supaya meminati larian," kata Pengarah Komersial Under Armour Malaysia, Samantha Lim.

Atlet Under Armour, Kit Lim, turut berpandangan: "Lantunan Kusyen kasut yang dibekalkan kepada saya ini sangat selesa."

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video