Detik paling dinantikan pelumba Moto4 negara, Qayyim Razin Razali, pada pagi Syawal bukan sekadar suasana Hari Raya, lebih-lebih lagi saat bersalam dan memohon maaf dengan ibu bapanya.
Dalam masa sama, pelumba muda berusia 14 tahun itu turut berdepan cabaran baharu selepas beralih ke kategori Moto4 Asia Cup.
Advertisement
Meski keputusan pusingan pertama di Litar Buriram, Thailand pada awal bulan ini mungkin tidak seperti diharapkan, namun setiap perlumbaan menjadi pengalaman berharga buatnya.
"Ayah banyak bergolok gadai demi karier saya.
"Saya mahu membahagiakan keluarga dan membuktikan bahawa pengorbanan mereka selama ini tidak sia-sia," katanya.
Dengan baki pusingan musim ini yang masih panjang, Qayyim Razin bertekad bangkit dan terus memperbaiki prestasi untuk menghadapi pusingan kedua di laman sendiri, Julai depan --- dengan harapan suatu hari nanti mampu berdiri setaraf pelumba muda negara seperti Qabil Irfan dan pelumba terkemuka dunia.
"Dengan keputusan itu, saya ambil semangat untuk bangkit dan menduduki kelompok hadapan dalam pusingan kedua.
"Saya kini fokus untuk memantapkan kecergasan dan jarang bercuti. Kadang-kadang seminggu sekali.
"jadual saya tidak sama sebelum ini, hari -hari ini atas motosikal dan latihan kecergasan.
"setiap tahun perjalanan pulang ke kampung dan seronok meluangkan masa dalam keluarga besar," katanya.