Jaguh muay thai Thailand, Prajanchai PK Saenchai, menjelaskan tiada istilah 'takut' dalam sukan itu, namun dirinya terpaksa menjalani pembedahan dan memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya sebelum kembali masuk ke gelanggang.
Sebelum ini, Prajanchai dijadualkan bertemu jaguh muay thai negara, Aliff Rakib, bagi pertarungan merebut tali pinggang dunia kategori Strawweight, namun lawannya digantikan dengan Sam-A Gaiyanghadao.
Dalam satu video yang tular, ketika ditanyakan adakah dia takut bertemu Aliff, dia berkata: "Saya juga tidak tahu mengapa saya patut takut, apa yang saya nak takutkan. Saya sudah (beraksi) muay thai selama 27 hingga 28 tahun lamanya.
"Kalau saya takut saya tidak akan bertumbuk dalam muay thai.
"Jika sekadar komen di media sosial, memang itu tempat mereka.
"Kami mungkin tiada jodoh bertemu. Tiada perkara mahu ditakutkan dalam muay thai, tak ada sesiapa pun yang takut dekat sesiapa. Lawan bukan halangan, yang paling takut bila keluarga tak makan." katanya.