Skip to main content

Bola Sepak

Amaran puting beliung gegarkan kem England di Kansas City!

Amaran puting beliung gegarkan kem England di Kansas City!

Persiapan skuad England menjelang aksi pembukaan Piala Dunia 2026 sekali lagi diuji apabila para pemain diarahkan berlindung di dalam bangunan susulan amaran puting beliung dan ribut petir kuat yang melanda Kansas City.

Pasukan kendalian Thomas Tuchel itu baru sahaja tiba di bandar yang menjadi kem latihan rasmi mereka dan sempat menjalani sesi latihan komuniti di Swope Soccer Village dalam cuaca cerah sebelum keadaan berubah secara mendadak beberapa jam kemudian.

Pihak Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kecemasan selepas ribut kuat diramalkan membawa angin sehingga 129 kilometer sejam, selain risiko puting beliung di beberapa kawasan sekitar Kansas City. Siren kecemasan turut dibunyikan di seluruh bandar sebagai langkah berjaga-jaga.

Semua pemain dan pegawai England dilaporkan menerima notifikasi kecemasan di telefon bimbit masing-masing yang mengarahkan mereka mencari perlindungan segera dan menjauhi tingkap. Mereka kemudiannya kekal berada di hotel penginapan sehingga keadaan kembali selamat.

Sebagai langkah keselamatan, festival peminat rasmi FIFA di Kansas City juga ditutup lebih awal bagi mengelakkan sebarang risiko kepada pengunjung.

Insiden cuaca buruk itu menambah lagi cabaran yang dihadapi England sejak tiba di Amerika Syarikat. Sebelum ini, pasukan itu turut berdepan isu kecurian beberapa peralatan latihan termasuk but pemain dan bola perlawanan ketika dalam proses penghantaran ke kem latihan mereka.

Walaupun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kerosakan kepada pasukan, situasi tersebut sedikit sebanyak mengganggu persiapan England menjelang aksi pertama Kumpulan L menentang Croatia.

Bagaimanapun, skuad Three Lions dijangka meneruskan jadual latihan seperti biasa sebaik keadaan cuaca kembali stabil, dengan fokus kini terarah kepada misi memburu permulaan positif dalam kempen Piala Dunia 2026.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Must Watch Video