Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Ke-37 hari yang secara rasminya mengumumkan barisan ahli jawatankuasa eksekutif terbaru bagi penggal 2026 hingga 2030.
Hasil undian perwakilan persatuan setiap negeri menyaksikan jawatan timbalan presiden disandang Norazman Abu Samah, manakala lima muka baru termasuk Irawan Datu' Sudarsono sah menduduki kerusi naib presiden.
Advertisement
Jelas Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh, pelbagai agenda baru bakal direncana selain meneliti beberapa usul yang dibentangkan dalam AGM yang berlangsung, termasuk mewujudkan Akademi Pocket Rocketman serta menamakan semula Velodrom Nasional Nilai kepada Velodrom Azizulhasni Awang.
"Kami menerima surat cadangan daripada Khairy Jamaluddin Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Sembilan yang memohon Veldrom Nasional di Nilai dinamakan sempena Datuk Azizulhasni Awang.
"Secara peribadi saya menyokong penuh tapi menukar nama velodrom bukan boleh dibuat oleh PKBM kerana bangunan itu di bawah (pentadbiran) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).
"Hari ini, mereka sebulat suara bersetuju untuk membawa hasrat ini kepada KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan MSN (Majlis Sukan Negara).
"Pertukaran nama ini memerlukan masa dan walaupun velodrom di Dungun sudah menggunakan namanya tapi ia lebih berbaloi digunakan di Velodrom Nasional," katanya.