Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron, sah meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan dijangka membuka lembaran baru sebagai pemain profesional.
Menerusi hantaran di Instagram, bintang berusia 28 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada badan induk itu dan menzahirkan perhargaan penuh selepas hampir 10 tahun menimba ilmu bersama.
Advertisement
Katanya, ia bukanlah penamat buat dirinya dalam sukan ini apabila sedang merangka perancangan baharu untuk terus beraksi di pentas antarabangsa.
Dia pernah meraih kejuaraan super 100 dalam Terbuka India di Hyederabad bersama Cheah Yee See pada 2019 selain bergelar naib juara Masters China tewas kepada gandingan ranking pertama dunia.
Kedudukan terbaiknya setakat ini adalah berada di tempat ke-13 dunia bersama Cheng Su Yin.
Berdasarkan laporan wartawan Astro Arena, Zaki Zainal, Pang Ron berkemungkinan akan bergerak secara profesional untuk bergandingan dengan pemain senior, Lai Pei Jing.