Siapa sangka pasukan Perancis akan mara sejauh ini?
Muncul satu lagi gergasi Eropah selepas Denmark mula menempa nama dalam kancah Piala Thomas. Kini, benua itu memiliki dua wakil dalam tempoh 77 tahun penganjuran kejohanan.
Advertisement
Kejutan berlaku apabila Perancis menundukkan pilihan dari Jepun dengan kemenangan bersih 3-0, sekali gus layak ke separuh akhir buat kali pertama dalam sejarah Piala Thomas.
Perancis menjadi negara ketiga dari Eropah ke peringkat empat terbaik itu selepas Denmark (19 kali) dan England (1 kali) bagi misi merebut kejuaraan sulung.
Ia, bermula dengan Christo Popov menewaskan pemain di ranking kesembilan dunia, Kodai Naraoka, dengan kemenangan straight set 21-17, 21-17 sebelum Alex Lanier menggandakan kelebihan 2-0 buat negaranya selepas mudah menundukkan Yushi Tanaka 21-15, 21-17.
Hereโs how the #ThomasCup quarterfinals played out. ๐
Semifinals next for ๐จ๐ณ ๐ฎ๐ณ ๐ฉ๐ฐ ๐ซ๐ท.#ThomasUberCupFinals #Horsens2026 pic.twitter.com/qrX76BYhIRโ BWF (@bwfmedia) May 1, 2026
Dan, kejayaan terulung itu hadir tatkala Toma Junior Popov menjadi watak penting Perancis lolos dari suku akhir susulan kemenangan bergaya 21-19, 23-21 mengalahkan Koki Watanabe.
Kemenangan ini meneruskan perjalanan cemerlang Perancis selepas sebelum ini turut mengejutkan juara 14 kali, Indonesia, 4-1 dalam Kumpulan D pada Selasa.
Keputusan itu menyaksikan Indonesia tersingkir pada peringkat kumpulan buat kali pertama dalam sejarah Piala Thomas.
Secara rasminya, Perancis akan membawa pulang pingat kejohanan selepas melangkah ke separuh akhir.
Mereka akan membuat perhitungan ke final dengan menentang juara 2022, India, di Forum Horsens hari ini.