Skip to main content

MMA

UFC Freedom 250: Muka Topuria 'lunyai' teruk kena belasah dengan Gaethje

UFC Freedom 250: Muka Topuria 'lunyai' teruk kena belasah dengan Gaethje

Bekas juara lightweight UFC yang juga masih belum pernah tewas sebelum ini, Ilia Topuria, mengalami kecederaan serius di wajah selepas tumbang mengejut kepada Justin Gaethje dalam acara bersejarah UFC Freedom 250 di pekarangan Rumah Putih.

Pertarungan yang dinanti-nantikan itu menyaksikan Topuria bermula dengan baik, namun Gaethje berjaya mengubah momentum dan melancarkan serangan bertali arus yang menyebabkan wajah lawannya mengalami bengkak teruk serta pendarahan.

Keadaan Topuria menjadi semakin membimbangkan menjelang penghujung pusingan keempat apabila kedua-dua matanya hampir tertutup akibat hentaman yang diterima. Pasukan kejurulatihannya akhirnya membuat keputusan menghentikan pertarungan sebelum pusingan kelima bagi mengelakkan kecederaan lebih serius.

Presiden UFC, Dana White, mengesahkan bahawa Topuria terus dibawa ke hospital selepas pertarungan dan dipercayai mengalami kecederaan pada tulang orbit mata.

“Dia berada di hospital sekarang. Keadaannya agak teruk. Saya bukan doktor, tetapi matanya kelihatan seperti mungkin mengalami keretakan pada tulang orbit,” kata White.

Kekalahan itu merupakan yang pertama dalam karier profesional Topuria, sekali gus menamatkan rekod tanpa kalah yang dibinanya selama ini.

Sementara itu, kemenangan tersebut membolehkan Gaethje merampas gelaran lightweight UFC dalam salah satu kejutan terbesar tahun ini.

Walaupun mengalami malam yang sukar, ramai pemerhati MMA percaya Topuria masih mempunyai masa depan yang cerah sekiranya dapat pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialaminya. Namun buat masa ini, fokus utama adalah proses pemulihan selepas pertarungan paling mencabar dalam kariernya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video