Skip to main content

Badminton

Badminton: 5 kali percubaan! Debut bermula dalam undian utama terus ke final!

China

Penantian paling berbaloi! Pemain berusia 22 tahun itu menewaskan dua gergasi dunia!

Inilah perseorangan lelaki meningkat naik China, Dong Tian Yao, yang mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka Australia buat kali pertama.

Tahukah anda? Selepas menyertai lima kejohanan bertaraf super 500 sejak awal tahun ini sebagai kelayakan, ini merupakan debut Dong Tian Yao dalam undian utama, sekali gus turut mara ke final dan mencatat pencapaian terbaik setakat musim ini.

Mampukah dia meraih kejuaraan yang bakal menjadi sejarah baru buat dirinya?

Seawal pusingan pertama, Tian Yao mencipta kejutan menumpaskan bekas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Anthony Sinisuka Ginting.

Selepas itu, bintang ranking keenam dunia menjadi mangsanya apabila bertempur dalam aksi rubber set sebelum menuju ke suku akhir.

Tian Yao yang menduduki carta ke-73 dunia itu akan berentap dalam perlawanan akhir menentang satu lagi wakil Indonesia, Alwi Farhan, petang nanti. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video