Skip to main content

Bola Sepak

Dari LinkedIn Ke Piala Dunia: Bekas pegawai bank kini wakili Cape Verde di pentas tertinggi

Dari LinkedIn Ke Piala Dunia: Bekas pegawai bank kini wakili Cape Verde di pentas tertinggi

Siapa sangka satu mesej yang hampir dianggap sebagai 'spam' di LinkedIn menjadi titik perubahan hidup buat Roberto Lopes, yang kini bersedia beraksi bersama Cape Verde di pentas Piala Dunia 2026.

Pertahanan berusia 33 tahun itu dijangka diturunkan dalam aksi Kumpulan H menentang Sepanyol, sekali gus melengkapkan perjalanan luar biasa daripada seorang pegawai bank di Dublin kepada pemain Piala Dunia.

Sedekad lalu, Lopes bekerja sebagai penasihat gadai janji di Ireland sambil bermain secara sambilan bersama kelab Bohemians dalam Liga Ireland.

Namun pada 2017, dia membuat keputusan berani meninggalkan kerjaya pejabat selepas menerima tawaran daripada Shamrock Rovers untuk menjadi pemain bola sepak profesional sepenuh masa.

“Saya tidak begitu menikmati kerja pejabat ketika itu,” katanya sambil mengimbau perjalanan yang mengubah hidupnya.

Detik paling penting berlaku pada 2019 apabila beliau menerima mesej daripada bekas jurulatih Cape Verde, Rui Aguas, menerusi platform LinkedIn.

Aguas, yang menyedari bapa Lopes berasal dari Cape Verde, menghubunginya untuk menawarkan peluang mewakili negara kepulauan Afrika itu.

Pada mulanya, Lopes mengabaikan mesej tersebut kerana menyangka ia hanyalah spam.

“Saya langsung tidak membalas mesej itu. Sembilan bulan kemudian beliau menghantar mesej susulan dan ketika itulah saya sedar ia adalah tawaran sebenar,” katanya.

Selepas menterjemahkan mesej yang ditulis dalam bahasa Portugis menggunakan Google Translate, Lopes terus menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang.

“Saya sangat teruja. Saya terus berkata ya, sudah tentu saya mahu mewakili Cape Verde,” katanya.

Sejak itu, pemain yang digelar ‘Pico’ menjadi tonggak utama skuad Blue Sharks dan membantu mereka melakar sejarah layak ke Piala Dunia buat kali pertama.

Kejayaan tersebut menjadi lebih bermakna apabila beberapa hari selepas Cape Verde mengesahkan tempat ke Piala Dunia, beliau turut menyambut kelahiran anak sulungnya, Diego.

Bagi Lopes, beraksi di Piala Dunia adalah impian setiap pemain bola sepak sejak kecil.

“Sebagai pemain bola sepak, saya sentiasa mahu bermain di tahap tertinggi. Bagi saya, tiada pentas yang lebih besar daripada Piala Dunia.”

“Mewakili keluarga saya dan membawa nama keluarga ke salah satu acara sukan terbesar dunia adalah sesuatu yang sangat membanggakan,” katanya.

Kini, bekas pekerja bank yang pernah mengabaikan mesej LinkedIn itu bakal berdepan juara dunia 2010, Sepanyol, dalam perlawanan terbesar sepanjang kariernya.

Daripada meja pejabat di Dublin ke pentas Piala Dunia, kisah Roberto Lopes membuktikan bahawa peluang luar biasa kadangkala hadir daripada satu mesej yang hampir dipadam tanpa dibaca.

Cape Verde akan membuka tirai aksi Piala Dunia bertemu Sepanyol jam 12 tengah malam ini.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

Must Watch Video