Kemas kini skuad kebangsaan menyaksikan tonggak Kuching City, Safawi Rasid, terpaksa melupakan hasrat beraksi buat pasukan negara apabila terpaksa pulang atas urusan keluarga.
Pemain pinjaman Johor Darul Ta'zim (JDT) yang sudah sampai di Guandong dan telah melakukan latihan harus kembali ke tanah air, sekali gus Harimau Malaya kehilangan seorang bintang menghadapi China dan Yaman.
Penantian Safawi untuk menyarung kembali jersi negara tertangguh lagi selepas kali terakhir dipanggil menyertai pasukan negara pada Mac lalu sewaktu perlawanan terakhir Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam.
🚨Safawi Rasid terpaksa pulang ke Malaysia atas urusan keluarga. Tonggak Kuching City itu kembali ke tanahair hari ini selepas hanya sempat berlatih satu sesi bersama Harimau Malaya menjelang perlawanan persahabatan bertemu China dan Yemen di Guangdong. 🛫🇲🇾 @ASTROARENA https://t.co/GyqmI3DTKI
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 12, 2026