Selepas mencipta sensasi menerusi kemenangan ke atas kelab Jepun, Sanfrecce Hiroshima, menerusi agregat 3-2 dan bakal mengadakan pertemuan dengan di antara dua wakil Asia Barat, Al-Ahli dan Al-Duhail menarik untuk disaksikan selepas pertembungan pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) zon Asia Barat terpaksa ditunda ekoran situasi peperangan Timur Tengah.
Buat Johor Darul Ta'zim (JDT), mereka tiada banyak pilihan pada 17 April depan memandangkan kedua-dua pasukan ini memiliki reputasi tinggi di pentas ACLE, selain Al-Ahli memegang reputasi selaku juara bertahan dilihat sebagai pilihan untuk mengisi slot suku akhir ACLE di Jeddah.
Advertisement
"Ini satu ujian kepada karakter JDT.
"Ternyata kemampuan JDT kelab ketika ini setaraf dengan kelab terkemuka di Asia Barat.
"Mereka harus menggunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk mencipta sejarah buat bola sepak Malaysia dan mereka sendiri.
"Saya sebagai peminat bola sepak Malaysia, sentiasa rasa bersyukur dan mendoakan kejayaan JDT," katanya di Nadi Arena, sebentar tadi.
Tiada istilah nasib, malah Azlan melihat usaha berterusan JDT untuk gah di pentas tertinggi Asia sejak 13 tahun lalu.
Malah, pencapaian lolos ke suku akhir wajar untuk dibanggakan semua rakyat Malaysia dan ia adalah contoh terbaik yang perlu diteladani semua wakil kelab negara.
"Usaha berterusan menjadi satu kejutan kepada semua. Nasib hanya berlaku ke atas pasukan yang telah berusaha keras.
"Usaha keras ini pasti akan diteruskan. Pemain JDT juga sedar dengan kemampuan pasukan lawan dan kejutan ke atas kelab Jepun merupakan sesuatu yang membanggakan.
"Kelab-kelab di Malaysia juga harus menunjukkan satu semangat dan komitmen untuk terus bekerja keras seperti JDT," katanya.