Skip to main content

Bola Sepak

ACL2: Mereka tidak akan main lagi untuk kelab -- Bojan Hodak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Bojan

Kedudukan Persib Bandung di tempat pertama Kumpulan G tidak menjamin tiket ke peringkat seterusnya?

Gergasi Indonesia itu hanya memerlukan sekurang-kurangnya keputusan seri untuk layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), namun kekalahan kepada Lion City Sailors (LCS) memaksa mereka untuk main bermati-matian menjelang perlawanan terakhir menentang Bangkok United nanti.

Advertisement

Wakil Singapura itu berjaya mencuri tiga mata penting bagi menghidupkan peluang selaku naib juara kejohanan selepas bangkit mengatasi Persib Bandung.

Dan, itu mengakibatkan kemarahan ketua jurulatih, Bojan Hodak, susulan anak buahnya tidak mengambil kesempatan tatkala mendominasi permainan.

Jelasnya, sistem pertahanan yang rapuh dan penyudah di barisan serangan menjadi punca kepada kekalahan tersebut meskipun bermain di tempat lawan.

"Jika anda berjaya mendahului dua gol tetapi tetap kalah, maka anda perlu mempersoal tentang cara anda bertahan.

"Ini adalah masalah besar.

"Kami juga mempunyai banyak peluang lain. Sepatutnya, kami memjaringkan lebih gol.

"Saya tidak berpuas hati dengan penggantian pemain pada babak kedua. Tiada impak besar.

"Beberapa daripada mereka tidak akan bermain lagi untuk kelab ini. Mereka tidak setaraf dengan tahap Asia ini," katannya selepas tamat aksi.

Juara Indonesia tersebut perlu membuat penentuan dengan kelab Thailand itu. Sekiranya menang atau seri, mereka akan layak buat kali pertama.

LCS pula perlu meraih kemenangan ke atas Selangor, sambil berharap Persib kalah kepada Bangkok United.

Jika Persib Bandung tewas, mereka tetap boleh layak dengan syarat LCS juga tewas. 

Must Watch Video