Skip to main content

Sukan Lain

Zylane harap segera pulih

zylene16218.jpg
Atlet renang berirama negara, Zylane Lee Yhing Huey, mengharapkan kehadiran Tahun Baru Cina memberikan semangat baru untuk dia segera pulih daripada kecederaan bahu bagi persediaan menghadapi Sukan Asia, Ogos depan.

Sebulan lalu, Zylane terpaksa mengambil keputusan berisiko untuk terlepas daripada saingan Sukan Asia kerana menjalani pembedahan bahu kanan dan perlu melalui proses pemulihan selama enam bulan.

Situasi itu harus menafikan penyertaan Zylane, namun keajaiban berlaku apabila doktor melihat situasi Zylane sebenarnya mampu pulih lebih awal daripada tempoh yang telah ditetapkan.

"Saya akan cuba meningkatkan prestasi dalam Sukan Asia dan mungkin akan mendapatkan kelompok kelima terbaik dahulu. Dari situ, saya akan naik perlahan-lahan," kata Zylane.

"Sekarang ini, saya perlu buat dua kali ganda proses pemulihan untuk cergas lebih cepat, maksud saya pemulihan secara intensif."

Advertisement

Must Watch Video