Bekas pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin, menganggap peluang untuk menyertai semula kancah perlumbaan peringkat MotoGP dan dalam kategori yang lebih baik sebagai sesuatu yang sukar dilepaskan lalu bertekad meningkatkan lagi persembahannya.
Selepas dua musim terbabit dalam perlumbaan Kejohanan Superbike Dunia (WSBK), tuah memihak Zulfahmi apabila ditawar slot menyertai saingan Moto2 musim ini.
Ia susulan penyertaan seorang lagi wakil negara, Hafizh Syahrin Abdullah, yang hampir pasti membawa cabaran dalam kategori utama MotoGP bersama pasukan yang berpangkalan di Perancis, Monster Yamaha Tech Three.
Lantas, pelumba berusia 26 tahun itu mendapat peluang bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Hafizh yang sepatutnya mewakili SIC Racing.
"Selepas ditawarkan peluang ini dua minggu lalu, saya tidak mahu melepaskannya.
"Saya ambil peluang ini dan menyahut cabaran ini untuk beraksi dalam Moto2 nanti," katanya.
Zulfahmi mengakui dia mengharungi persiapan sukar dalam memastikan dia bersedia sepenuhnya sebelum saingan Moto2 membuka tirai di Qatar, 18 Mac depan.
Mengakui sesi ujian di Valencia sebelum ini kurang memuaskan, dia berharap kesempatan untuk menguji jentera Kalex selama tiga hari di Sepang minggu ini dapat membantunya lebih menyesuaikan diri selain satu lagi ujian di Litar Jerez kelak.
"Minggu lalu, saya menjalani ujian di Valencia tetapi tidak banyak boleh dilakukan ekoran cuaca buruk.
"Saya percaya Sepang adalah medan yang paling bermakna buat saya menguji jentera Moto2 ini," ujarnya lagi.