Pemanah compound negara, Zulfadhli Ruslan, tidak berasa kekok untuk berlatih seorang diri walaupun tanpa kelibat dua rakan sepasukan, Juwaidi Zulkifli dan Lee Kin Lip, bagi melakukan persiapan menghadapi Kejohanan Memanah Dunia di Mexico pada 15 Oktober depan.
Zulfadhli adalah antara tonggak yang menyumbang pingat emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur bulan lalu dalam acara compound berpasukan bersama Juwaidi dan Kin Lip.
Kejayaan membanggakan itu mendorong Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) berhasrat untuk menghantar skuad compound dan recurve menyertai Kejohanan Dunia di Mexico, bulan depan.
Ia bakal menjadi penampilan pertama skuad compound dalam Kejohanan Dunia, namun ketika ini Zulfadhli dikhabarkan berlatih berseorangan di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil kerana Juwaidi masih mempunyai komitmen di Melaka manakala Kin Lip berada di Sabah.
"Buat masa sekarang, saya akan berlatih sendiri atau dengan pengawasan jurulatih dan saya akui jika berlatih seorang diri, ia sedikit sukar," katanya.
Namun, latihan Zulfadhli masih lagi di bawah pemantauan jurulatih negara, Muhammad Zaki Mahazan, manakala Juwaidi dan Kin Lip dijangka kembali menyertai sesi latihan di MSN dua minggu sebelum mereka berlepas ke Mexico pada 11 Oktober .
"Setakat ini, masih belum ada sebarang sasaran tetapi saya menetapkan untuk memecahkan rekod peribadi atau rekod kebangsaan.
"Untuk sebarang pingat, saya masih belum menerima pengesahan sasaran," katanya.