Skip to main content

Sukan Lain

Ziyad yakin pertahan emas di London

ziyad-290617.jpg
Atlet lontar peluru para negara, Ziyad Zolkefli, memasang niat untuk memecahkan rekod sendiri apabila menyertai Kejohanan Olahraga IPC di London, bulan depan.

Sasaran itu tampak realistik apabila dia berjaya menumpaskan atlet normal lain dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Thailand baru-baru ini, dengan mencatat lontaran 17.07 meter.

Jelas Ziyad, dia masih belum sampai ke kemuncak prestasi, sekaligus menguatkan azamnya untuk meraih lebih banyak kejayaan. 

“Saya berusaha keras sepanjang masa dan yakin akan dapat mempertahankan pingat emas buat Malaysia,” katanya.

Berdasarkan prestasi semasa, dia berasakan sasaran untuk memecahkan rekod dunia lontar peluru F20 adalah sesuatu yang mampu dicapai berbekalkan rekod dunia 16.84 meter yang dicatatkan ketika Sukan Paralimpik Rio 2016.

Selain Kejohanan Dunia, Ziyad juga melahirkan keterujaan untuk beraksi dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 serta bersaing bersama atlet normal yang lain.

“Dalam diri saya tidak pernah rasa cukup dan selesa.

“Saya mahu menjadi atlet paranormal dan normal yang terbaik, itu sasaran saya,” ujar Ziyad.

Advertisement

Must Watch Video