Jurulatih Ziyad Zolkefli, Faizol Harun, memberi kepastian anak buahnya tidak berhadapan sebarang masalah untuk menepati lontaran 17.15 meter bagi melepasi syarat kelayakan merit beraksi dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Selepas melewati kem latihan di Leipzig, Jerman selama sebulan, Ziyad kini berada di landasan terbaiknya untuk menepati sasaran mencapai 17.15 meter, sekaligus mencipta sejarah di mana buat pertama kalinya atlet paralimpik negara bersaing dalam Sukan SEA.
Ziyad gagal menyudahkan balingan sebanyak 30 kali sehari dalam sesi latihan harian, seminggu sebelum berlepas ke Jerman, namun situasi itu berubah dan Faizol sendiri menegaskan Ziyad kini sudah mencapai 80 peratus prestasi sebenarnya.
Justeru, sasaran ke Sukan SEA bukan angan-angan kosong, malah Faizol sendiri melabelkan Ziyad sebagai pilihan pertama yang dimiliki negara selepas seorang lagi jaguh negara Adi Alifuddin.
"Kita menyasarkan Kejohanan Dunia IPC pada Julai depan dan pada masa sama, cuba melayakkan dia ke Sukan SEA," kata Faizol.
Ketika ini, Ziyad perlu menambah berat badan bagi menyesuaikan diri dengan catatan balingan yang disasarkan.
Ziyad kini dengan berat 118 kilogram, dan dia perlu meningkatkannya kepada lebih daripada 125 kilogram sebelum Kejohanan Dunia IPC 2017 di London, Julai depan.
"Berat badan dia akan ditingkatkan tetapi kami perlu berbincang terlebih dahulu dengan pihak ISN (Institut Sukan Negara)," tambah Faizol.