Juara bertahan SuperSports 600cc, Mohd Zaqhwan Zaidi, dilihat berada pada prestasi terbaik untuk mempertahankan gelaran apabila muncul pelumba terpantas pada hari pertama sesi ujian pra-musim Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Pasir Gudang, hari ini.
Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu mencatat masa terpantas 1'32.313s, mengatasi catatan seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman (1'32.402s), yang beraksi bersama pasukan berpengkalan di Indonesia, Manual Tech Kawasaki Racing.
Pelumba Yamaha Thailand Racing, Decha Kraisart, yang baru meraih podium sewaktu aksi wildcard dalam Kejuaraan SuperSports Dunia di Buriram, Thailand baru-baru ini muncul pelumba ketiga terpantas dengan masa 1'32.819s.
"Bekas rakan sepasukan, Yuki Takahashi, memilih untuk memberi tumpuan kepada saingan All Japan sahaja pada tahun ini. Jadi, saya kini bergandingan dengan pelumba rookie, Teppei Nagoe.
"Buat pertama kalinya saya akan bertindak sebagai pelumba utama pasukan," kata Zaqhwan, yang dalam misi untuk membawa gelaran pasukan terbaik buat tahun keenam berturut-turut.
Tambahnya, "Sesi hari pertama berjalan dengan baik, namun semua pasukan dan pelumba masih mencari rentak terbaik memandangkan catatan rekod musim lepas masih belum diatasi, mungkin esok ia berjaya dipadamkan."
Dalam saingan Asia Production 250cc, perhatian terarah kepada penampilan jentera CBR250RR yang digunakan buat pertama kali dalam saingan ARRC oleh dua pelumba pasukan Astra Honda Racing, Gerry Salim dan Rheza Danica Ahrens.
Namun, pelumba Manual Tech Kawasaki, Andy Muhammad Fadly, lebih mencuri tumpuan dengan melakukan catatan terpantas 1'44.797s yang merupakan rekod baharu litar manakala Gerry kedua dengan masa 1'44.818s, diikuti Anupab Sarmoon (Yamaha Thailand Racing) dengan masa 1'45.059s.
Dalam saingan yang baru diperkenalkan, Underbone 150cc, pelumba rookie, Md Akid Aziz, mengatasi pelumba lain yang lebih berpengalaman dengan catatan masa terpantas 1'50.546s.