Skip to main content

Sukan Lain

Zamri masih enggan bersara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zamri-salleh.jpg
Pakar pecut Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Zamri Salleh, tidak merancang untuk bersara selepas menjalani prosedur rawatan jantung 'angioplasty' di Institut Jantung Negara (IJN) yang memaksanya berehat sekurang-kurangnya hingga hujung tahun ini.

Bagaimanapun, dia masih bersemangat untuk meneruskan kariernya dalam sukan berbasikal lebuhraya walaupun mengalami masalah jantung.

Pelumba berusia 35 tahun itu menjalani prosedur 'angioplasty' kelmarin selepas pitam ketika menyertai perlumbaan Klasik Oita di Jepun tiga minggu lalu sebelum mengadu mengalami sesak nafas dua minggu kemudian.

Namun, pakar pecut itu masih enggan mengaku kalah dan dijangka akan keluar daripada hospital esok.

"Sekarang dah rasa normal dan stabil sebab sebelum ini memang ada rasa macam semput.

"Tapi dua hari lalu, selepas buat angiogram, Alhamdulillah, doktor cakap dah OK.

"Angiogram daripada doktor semalam cakap ada lagi sedikit darah beku.

"Dalam masa tiga hari daripada hari buat tu (prosedur rawatan), dia akan bagi ubat untuk cairkan darah.

"Kalau diberi peluang, saya masih nak berkayuh lagi sebab saya tahu saya hanya mampu berkayuh," katanya.

Advertisement

Must Watch Video