Skip to main content

Sukan Lain

Zaidatul fokus berlatih

22617zaidatul.jpg
Jurulatih pecut negara, M. Balamurugan, tidak menolak Zaidatul Husniah Zulkifli kini dalam misi untuk merampas kembali gelaran wanita terpantas Malaysia dalam Kejohanan Olahraga Asia di India, bulan depan.

Rekod kebangsaan 11.45 saat oleh Zaidatul mencetus kontroversi baru apabila belum diiktiraf Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) kerana masih tidak mendapat dokumentasi rasmi daripada penganjur kejohanan di Afrika Selatan.

Bala, bagaimanapun, memuji semangat anak buahnya yang tidak terkesan dengan isu itu, sebaliknya ingin membuktikan dia mampu memecahkan rekod kebangsaan milik G. Shanti di India nanti.

Jika gagal dalam Kejohanan Asia itu, Zaidatul masih berpeluang melakukan catatan di bawah 11.50s dalam Terbuka Malaysia sebelum Sukan SEA bermula Ogos depan.

"Dalam keadaan seperti ini, tiada gangguan terhadap latihan, persediaan fizikal atau psikologi. Dia memang fokus kepada latihan. Satu dunia sudah tengok lariannya. Saya percaya dia akan lari di bawah 11.5s," kata Bala. 

Sebelum Kejohanan Asia, tujuh atlet terlebih dahulu akan memulakan cabaran dalam Terbuka Korea Selatan bermula 26 Jun ini, termasuk pelari pecut, Jonathan Nyepa, G. Aravin Thevar dan Nixson Kennedy.

"Kami akan dapatkan persembahan yang baik di sana (Korea Selatan) sebab ada pelari, Thevarr, baru pulih daripada kecederaan.

"Dalam Terbuka Thailand sebelum ini, dia mencatat masa yang baik dan kini biarlah dia mengambil peluang untuk tingkatkan lagi catatan masanya. Ini adalah peluang terbaik untuknya."

Advertisement

Must Watch Video