Dua bekas alumni NXT, Hideo Itami dan Roderick Strong membuka lembaran baharu bagi divisyen Cruiserweight WWE apabila mempamerkan perlawanan sengit bermutu tinggi di acara WWE 205 Live semalam.
Pertembungan Itami dan Strong merupakan perlawanan ‘sepak mula’ bagi kejohanan 16 penggusti Cruiserweight di mana 2 peserta terakhir akan menempah tempat di Wrestlemania April depan bagi bergelar Juara Cruiserweight WWE yang baharu.
Dengan pengalaman bergusti lebih 13 tahun, penyertaan bekas Juara Dunia Ring Of Honor itu ke 205 Live merupakan langkah yang tepat apabila berjaya membenam Itami dalam perlawanan penuh aksi yang mendebarkan.
Gerakan Falcon Arrow berbahaya daripada bintang Jepun itu nyata belum mampu menundukkan Strong, dan ia dibalas dengan satu tujahan lutut End of Heartache tepat ke bahagian belakang Itami. Strong menjadi pemenang dan akan melangkah ke pusingan kedua.
Manakala dua bintang bertopeng, Kalisto dan Lince Dorado turut saling berentap di awal siaran di mana Kalisto beroleh kemenangan dan akan menyertai Strong ke pusingan seterusnya.
Foto: WWE.com
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,WWE Network. Saksikan acara WWE Elimination Chamber dan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.
Pertembungan Itami dan Strong merupakan perlawanan ‘sepak mula’ bagi kejohanan 16 penggusti Cruiserweight di mana 2 peserta terakhir akan menempah tempat di Wrestlemania April depan bagi bergelar Juara Cruiserweight WWE yang baharu.
Dengan pengalaman bergusti lebih 13 tahun, penyertaan bekas Juara Dunia Ring Of Honor itu ke 205 Live merupakan langkah yang tepat apabila berjaya membenam Itami dalam perlawanan penuh aksi yang mendebarkan.
Gerakan Falcon Arrow berbahaya daripada bintang Jepun itu nyata belum mampu menundukkan Strong, dan ia dibalas dengan satu tujahan lutut End of Heartache tepat ke bahagian belakang Itami. Strong menjadi pemenang dan akan melangkah ke pusingan kedua.
Manakala dua bintang bertopeng, Kalisto dan Lince Dorado turut saling berentap di awal siaran di mana Kalisto beroleh kemenangan dan akan menyertai Strong ke pusingan seterusnya.
Foto: WWE.com
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,