Atlet gimnastik artistik negara berusia 23 tahun, Ng Chun Chen, berkobar-kobar untuk menghadapi Sukan Universiti Dunia (WUG) apabila lawannya di Rhine-Ruhr bukan calang-calang, iaitu pemenang tiga pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024, Shinnosuke Oka dari Jepun.
"Saya perlu bersaing dengan gimnas olimpian sepanjang edisi Piala Dunia, misalnya kempen di Croatia pada tahun awal ini kerana saya terpaksa menghadapi lapan olimpian.
"Carlos Yulo dari Filipina merupakan pencabar terdekat saya sejak kami bersaing dalam Sukan SEA Vietnam dan Kemboja.
"Kami pernah bersaing dalam banyak kejohanan jadi ini bukan soal tekanan, sebaliknya saya cuma perlu melakukan yang terbaik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fariha Razak.
Cabaran yang menantinya kali ini menyaksikan dia harus berjuang bersendirian di Jerman berikutan rakan sepasukannya mengalami kecederaan.
Namun, Chun Chen lega tidaklah keseorangan kerana jurulatihnya, Ng Shu Liang, akan berada di sisinya sepanjang kejohanan, sekaligus mensasarkan konsistensi dalam persembahannya.
"Bukan mudah kerana rakan sepasukan pula tercedera.
"Jadi saya perlu buat apa yang patut untuk diri sendiri dan negara.
"Saya perlu konsisten untuk mencerahkan peluang," katanya.

Kontinjen negara segak bergaya dan ayu dengan baju traditional lengkap bersamping dan tanjak ketika perarakan WUG 2025 di Schauinsland-Reisen-Arena, Duisburg awal pagi tadi ???#RhineRuhr2025 @ASTROARENA pic.twitter.com/QoF2MASfjs
— Fariha Razak (@farihaarazak) July 17, 2025
"Kami pernah bersaing dalam banyak kejohanan jadi ini bukan soal tekanan, sebaliknya saya cuma perlu melakukan yang terbaik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fariha Razak.
Cabaran yang menantinya kali ini menyaksikan dia harus berjuang bersendirian di Jerman berikutan rakan sepasukannya mengalami kecederaan.
Namun, Chun Chen lega tidaklah keseorangan kerana jurulatihnya, Ng Shu Liang, akan berada di sisinya sepanjang kejohanan, sekaligus mensasarkan konsistensi dalam persembahannya.
"Bukan mudah kerana rakan sepasukan pula tercedera.
Kempen Rhine Ruhr 2025 secara rasminya membuka tirai!
— Fariha Razak (@farihaarazak) July 17, 2025
LET THE GAMES BEGIN ??#RhineRuhr2025 @ASTROARENA pic.twitter.com/Up8QJnE2XM