Perenang sensasi negara, Khiew Hoe Yean, tiba di tanah air semalam dengan membawa pulang kejayaan bersejarah untuk diraikan.
Bukan hanya menjadi penyumbang pingat pertama kontinjen negara dalam Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine-Ruhr 2025 di Jerman, malah perenang berusia 23 tahun itu turut melakar dua rekod kebangsaan.
Hoe Yean memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam acara 400 meter gaya bebas dengan catatan 3 minit 47.38 saat untuk meraih pingat perak.
Sensasi Hoe Yean diteruskan ketika membantu kuartet 4x200 meter gaya bebas yang dibarisi Arvin Shaun, Lim Yin Chuen serta Tan Khai Xin merekodkan kepantasan 7 minit 19.66 saat untuk menduduki tempat keenam.
Dua rekod kebangsaan yang dilakar Hoe Yean cerminan mentaliti kemenangan yang ada dalam sanubarinya, sambil menetapkan tahap perenang elit dunia sebagai penanda aras prestasi tatkala dirinya bakal menempuhi usia terbaik sebagai seorang atlet berprestasi tinggi di peringkat antarabangsa.
"Tidak menghadkan kemampuan adalah sesuatu yang bagus.
"Saya tambah bersemangat untuk teruskan peningkatan dan mahu sebaris dengan perenang dunia.
"Masih ada jurang dengan tahap dunia di sebalik rekod ini.
"Ini penyertaan kedua saya dalam WUG, saya masih mampu merakam rekod kebangsaan sejak April untuk mengharumkan nama negara.
"Dapat membuatkan rakyat Malaysia bangga juga satu pencapaian besar," katanya.
Pada usia muda, Hoe Yean sudah berjaya melakar lebih daripada 10 rekod kebangsaan dalam kesemua acara disertainya.
Sejak berguru dibawah ketua jurulatih, Eric Anderson -- pendekatan sains sukan yang menebal dalam regim latihan jurulatih dari Denmark itu melonjak prestasinya ke satu tahap yang lebih disegani.
"Sains sukan amat penting.
"Kita perlu sentiasa belajar daripada negara untuk penambahbaikan.
"Dengan sains sukan, setiap atlet ada kelebihan tersendiri jadi saya mahu terus meningkat," katanya.