'Tipu kalau tidak kecewa', - itu reaksi jaguh pecut negara, Azeem Fahmi apabila terlepas menyumbang pingat kedua negara di Kejohanan Universiti Dunia (WUG) 2025 selepas menamatkan aksi final reben biru di kedudukan keempat, dengan catatan masa 10.35 saat.
Rekod tersebut merupakan catatan terbaiknya secara keseluruhan termasuk aksi separuh akhir dan pusingan pertama -- namun masih jauh berbanding masa terbaik yang dicatat musim ini, 10.20s.
Walaupun hasrat untuk naik ke podium tidak berjaya, pemegang rekod kebangsaan 100m itu anggap berada di kelompok empat terbaik seiring dengan juara dunia B20 -- Bayanda Walaza yang membawa pulang emas serta dua pelari terbaik Asia, Puripol Boonson dan Hiroki Yanagita, merupakan satu penghargaan buat dirinya.
Sementara itu, kekurangan nutrisi menjadi punca Umar Osman terpaksa akur dengan catatan masa 47.10 saat di separuh akhir untuk kedudukan ke-15 sekaligus gagal mengulangi magis yang dicipta dua tahun lalu di edisi Chengdu di mana Umar memecah rekod kebangsaan dan mara ke final.
Hari keenam WUG menyaksikan kem renang negara sekali lagi mempamer aksi terbaik apabila kuartet berganti-ganti 200m gaya bebas lelaki berjaya memecah rekod kebangsaan dalam aksi final.
Kuartet yang diketuai Khiew Hoe Yean mencatat masa 7 minit 19.66s untuk menamatkan perlumbaan di tempat keenam, sekaligus memadam rekod lama yang dilakukan Welson Sim dan rakan-rakan pada Sukan SEA Hanoi 2022.
Catatan rekod itu juga merupakan kejayaan cemerlang kedua kem renang negara di WUG 2025, selepas Hoe Yean menyumbang pingat tunggal buat kontinjen setakat ini, dalam acara 400m gaya bebas lelaki.
Dalam aksi final ini juga, rekod temasya telah dipecahkan oleh juara Amerika Syarikat diikuti perak dirangkul kuartet Neutral Individu dan Jepun membawa pulang pingat gangsa.