Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi, mengakui terlepas podium apabila menamatkan perlumbaan di tempat keempat acara final 100m (meter) lelaki Sukan Universiti Dunia (WUG) 2025 sebagai perasaan yang 'menyakitkan'.
Atlet berusia 22 tahun itu menamatkan larian dengan catatan masa 10.35s -selepas menamatkan larian di pentas separuh akhir dengan catatan 10.43s- hari ini.
Malah, Azeem juga berkongsikan bahawa sasarannya ke Rhine-Ruhr bukanlah sekadar mara ke pentas akhir, malah menamatkan larian dengan kilauan pingat.
"Saya datang ke sini sasaran bukan sahaja untuk layak ke final tetapi untuk meletakkan diri di podium.
"Dan hanya satu kedudukan diluar podium, lebih sakit sebenarnya. Tetapi ini adalah satu perkara yang saya kena hadapi untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang." katanya.
Seterusnya, dia akan membawa cabaran negara dalam acara 200m.

“One place out of podium, lebih sakit sebenarnya” - Azeem Fahmi, WUG 2025.
— Fariha Razak (@farihaarazak) July 23, 2025
Harini Azeem akan turun untuk acara 200m pula! Come on ???#RhineRuhr2025 @ASTROARENA pic.twitter.com/XKDq0pM5Qf