WTA
Wozniacki berpeluang ubati kekecewaan di Bastad
Caroline Wozniacki berpeluang untuk menamatkan kekecewaan selepas mengetepikan cabaran Elise Mertens untuk mara ke final Terbuka Sweden.
Bekas pemain no.1 dunia itu -- yang telah memenangi paling banyak perlawanan dalam Jelajah WTA tahun ini berbanding pemain lain -- akan tampil dalam final kelimanya berdepan Katerina Siniakova, hari ini.
Bagaimanapun, Wozniacki tewas dalam kesemua final tersebut, lantas misi wajib menang perlu dilaksanakan kali ini di Bastad.
Iklan
Turun selaku pilihan utama, Wozniacki hanya memerlukan dua jam untuk mengatasi Mertens, 7-5, 4-6, 6-2.
Sementara itu, pertembungan di antara Siniakova dan Caroline Garcia terganggu beberapa kali ekoran hujan lebat sebelum menang 6-2, 7-5.
Must-Watch Video