Tiger Woods merakamkan lapan bogey yang menyaksikan juara gelaran utama 14 kali itu berhempas-pulas untuk melepasi garis kelayakan dalam Kejohanan Genesis, semalam.
Woods, yang beraksi dalam Jelajah PGA keduanya musim ini, membuat kemunculannya yang lama dinanti-nanti dalam Terbuka Farmers Insurance, bulan lalu selepas menderita masalah belakang.
Bagaimanapun, pemain berusia 42 tahun itu gagal melayakkan diri di Riviera Country Club itu selepas mencatat lima di atas par 76 dalam pusingan kedua berkenaan.
Woods -- menamatkan pusingan pertama dengan satu di atas par 72 -- gagal mempamerkan pukulan baik pada lubang empat, tujuh, sembilan, 11, 12, 13 dan 16 dengan catatan enam atas par, empat pukulan melebihi garis kelayakan.
Pemain terkemuka itu komited untuk berterusan menyertai kejohanan dan bakal mengalihkan tumpuannya dalam Terbuka Honda Classic, minggu depan.