Skip to main content

Advertisement

Permotoran

Wolff mahu teruskan kerjasama dengan Hamilton

toto-wolff-lewis-hamilton.jpg
Pengurus Mercedes, Toto Wolff, percaya Lewis Hamilton mempunyai lima tahun lagi untuk berada di tahap terbaik sementara terdapat laporan menyatakan juara bertahan Formula Satu itu telah menandatangani kontrak baru hingga 2020.

Kontrak Hamilton bersama Mercedes sepatutnya berakhir pada penghujung musim ini tetapi terdapat spekulasi yang menyatakan kontrak lanjutan dua tahun telah dipersetujui kedua-dua pihak.

Wolff berharap dapat meneruskan kerjasama dengan Hamilton serta mahu memastikan juara dunia empat kali itu menamatkan karier bersama Mercedes.

"Hamilton kini berusia 33 tahun dan saya berasakan dia memiliki lima tahun lagi untuk berada di tahap terbaik," kata Wolff. "Dan ya, kami mahu dia bersama Mercedes.

"Saya bersifat terbuka, jika dalam tempoh dua tahun kami dapat bekerjasama dengan baik, saya tidak akan teragak-agak untuk meneruskannya."

Wolff mengetahui Hamilton bukanlah seorang "lelaki yang hebat dan sopan" tetapi menilai bekas pemandu Mclaren itu sebagai seorang pemenang.

"Dia seorang yang cemerlang sebagai pemandu.

"Keazaman untuk menang adalah satu perwatakan unik yang dimilikinya. Kami memerlukan individu seperti Hamilton kerana dia mengejar kejayaan dan gelaran."
 

Advertisement

Must Watch Video