Apakah erti sebenar menjadi seorang jaguh, umum mungkin mahu menjadi satu dalam seribu, tetapi untuk seorang yang bernama Wira, menjadi jaguh adalah untuk membuktikan dirinya tidak terbatas dengan takdir dan menjadi lebih hebat daripada hari-hari sebelumnya.
Wira bukan atas dasar nama, wira juga bagaimana dia menjalani kehidupan seharian yang membawa dia menjadi sebahagian daripada kelompok elit dalam program perintis yang menguji kekuatan fizikal dan kecerdasan mental di bawah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS): 'Jaguh Rakan Muda'.
Ini kisah Wiraputra Dass, nama yang membawa erti "The Champion Prince" dalam bahasa Sanskrit, pada usia sembilan tahun putera ini terima diagnosis autism serta masalah pembelajaran, disleksia yang memberi kesan kepada keupayaan membaca, mengeja, menulis dan bebicara.
Wira juga teruji dengan sensitiviti deria, setiap limpahan cahaya, setiap desibel bunyi dan setiap pedih rasa sakit digandakan, mata yang memandang terasa berat apatah lagi bahu yang memikulnya.
Diagnosis ini sahaja memadai untuk menjauhkan mana-mana individu biasa menjalani kehidupan seharian, apatah lagi daripada sebarang aktiviti sukan yang boleh menjadi ancaman kepada Wira.
Tetapi ini Wira, bukan seorang yang biasa-biasa, di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bermula usia 11 tahun di Sekolah Kebangsaan (SK) Wangsa Maju Seksyen 2, Wira mula mendekatkan diri dengan sukan dan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cochrane Perkasa, acara merentas desa menjadi jendela keluar daripada belenggu seharian buatnya.
Tetapi dalam laluan bergelar naib juara Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah (MSS) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2025, Wira empat tahun sebelumnya ketika dunia dilanda pandemik Covid-19 mengalami serangan asthma (lelah), reaksi alergi dan eczema teruk.

Kesukaran bernafas susulan daripada episod itu tidak menghalang Wira untuk berdiri di mana dia berada hari ini yang akhirnya membawa dia menyertai pemilihan menjadi salah seorang daripada 80 individu untuk bersaingan dalam merebut gelaran Jaguh Rakan Muda.
Untuk berada dalam kelompok tersebut, bukan sesuatu yang mudah dan Wira membuktikan di sebalik apa jua cabaran kehidupan, kemahuan mengatasi segalanya, meskipun ada yang berbisik tidak boleh, jangan, bahaya, ataupun ini mustahil.
Mungkin perkataan-perkataan itu tidak wujud dalam kamus hidup Wira, kerana dalam setiap hidup seorang putera pasti ada seorang ratu, dan wanita hebat itu adalah ibunya, Tris Dass, seorang ibu tunggal yang membesarkan Wira dan kakaknya Indyra.
Kehidupan mereka sederhana, tetapi Tris yang lebih mesra disapa "Mak Wira" berkorban untuk memberikan anak-anaknya kekayaan yang terdaya, termasuklah mendapatkan khidmat jurulatih professional buat Wira mereka adalah nama yanh tidak asing dalam olahraga Malaysia, Lo Choon Sieng dan Keney Martin.
Ini hanya senaskah daripada kisah Wira yang dapat dituliskan menerusi bicara singkat saya bersama Mak Wira, pertemuan ketika siding media "Jaguh Rakan Muda" pada 3 November lalu mengingatkan saya kembali kepada kehebatan yang ada dalam diri setiap rakyat Malaysia.
Satu penghormatan untuk berdampingan dengan seorang Wira dalam kalangan Jaguh.
*Anda boleh saksikan aksi Wira dan belia-belia hebat negara dalam program realiti 'Jaguh Rakan Muda' bermula 10 November, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (CH 104), 9.30 malam di Astro AEC (CH 306) dan 11.30 malam di Astro Vinmeen (CH 202).
Dapatkan Sekarang

Lebih Dari Sekadar Jam
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang