Garbine Muguruza meraih kejuaraan Wimbledon pertama dalam kariernya selepas menafikan tentangan pemain veteran, Venus Williams, dalam final, malam ini.
Muguruza tewas di tangan Serena Williams dalam aksi final pertamanya di pentas Wimbledon pada 2015, namun pemain Sepanyol itu memadam kedukaan tersebut dengan menewaskan kakaknya, 7-5, 6-0 di Centre Court dua tahun kemudian.
Williams -- juara lima kali Wimbledon -- gagal menjadi atlet wanita tertua untuk memenangi kejuaraan berprestij itu dalam era terbuka pada usia 37 tahun.
Muguruza menewaskan pilihan ke-10 itu dalam set kedua untuk merekodkan kejuaraan grand slam kedua dalam kariernya selepas menjuarai Terbuka Perancis tahun lalu.
Menariknya, dua tahun lalu, ketika Muguruza kecundang di tangan Serena, pemain Amerika Syarikat itu sempat berkata:"Jangan sedih kerana kamu akan memegang trofi ini pada masa akan datang."