Garbine Muguruza tidak percaya dia mampu mengulangi pencapaian pencabar gelaran Grand Slam Wimbledon yang akan dihadapinya hari ini, Venus Williams, yang beraksi pada usia 37 tahun.
Pemain Sepanyol itu memburu kejuaraan Grand Slam kedua selepas menawan Terbuka Perancis pada 2016 -- setahun selepas ditewaskan Serena dalam aksi penentuan di All England Club itu.
Bagi Venus, pertembungan dengan Muguruza merupakan final Grand Slam keduanya pada musim ini susulan kemenangan ke atas Serena dalam Terbuka Australia, sekaligus menggondol gelaran Grand Slam ketujuh dalam kariernya.
Bercakap dalam sidang media, Muguruza berkata mengenai Williams: "Saya fikir ia sangat menakjubkan. Bukan semua orang boleh melakukannya. Ia memerlukan kekuatan fizikal dan cara permainan anda.
"Bagi saya, ia mengagumkan. Saya tidak fikir pada usia 37 tahun saya akan bermain di tahap itu."
Muguruza kini di bawah bimbingan juara Wimbledon pada 1994, Conchita Martinez, dan berasakan pengalaman bekas juara itu akan membantunya untuk meraih gelaran kedua.
Tambahnya: "Minda saya lebih bersedia pada kali ini kerana lebih banyak pengalaman yang anda miliki, anda lebih tahu bagaimana untuk menangani situasi seperti ini kerana ia sesuatu yang sangat istimewa.
"Jika anda pernah melaluinya, ia benar-benar membantu.
"Saya memerlukan lebih banyak maklumat mengenai situasi ini.
"Dia (Martinez) akan membantu saya berdepan kejohanan ini kerana ia adalah Grand Slam dan bukan untuk mengharunginya dalam tempoh dua minggu. Dia mempunyai pengalaman."