Sebastian Vettel memohon maaf kepada Lewis Hamilton di atas kelakuannya dalam Grand Prix Azerbaijan dengan berkata: "Dalam aksi tegang, saya bersikap keterlaluan."
Vettel dihukum berhenti selama 10 saat di Baku selepas terbabit dalam dua pergeseran dengan Hamilton.
Pemandu Ferrari itu terlanggar bahagian depan jentera Mercedes yang dipandu Hamilton ketika akan menyambung perlumbaan di belakang kereta keselamatan sambil menyalahkan Hamilton mengacahnya dengan menekan brek.
Vettel yang berang kemudian melanggar belakang tayar pendahulu perlumbaan itu sambil menyuarakan rasa tidak puas hati.
Mujur Vettel -- yang mengakhiri perlumbaan di tempat keempat dan ketinggalan 14 mata di belakang Hamilton dalam pemburuan gelaran pemandu -- tidak dikenakan sebarang tindakan
Vettel akhirnya menyatakan kekesalan terhadap tindakannya itu menerusi satu kenyataan dalam laman sesawang rasminya.
"Berkenaan dengan insiden di Baku, saya mahu menjelaskannya," tulisnya.
"Ketika perlumbaan akan kembali bermula, saya terkejut dengan tindakan Lewis lalu melanggar belakang keretanya. Saya percaya dia tidak berniat buruk.
"Dalam situasi tegang itu, tindakan saya adalah berlebihan, oleh itu saya mahu memohon maaf kepada Lewis serta mereka yang menonton perlumbaan itu. Saya sedar saya tidak menunjukkan contoh yang baik.
"Saya mencintai sukan ini dan berazam untuk membuktikannya agar menjadi contoh kepada generasi akan datang."