Setelah sekian lama menanti, Malaysia akhirnya mempunyai sebuah velodrom tertutup antarabangsa di Nilai bagi memantapkan lagi sukan berbasikal trek di negara ini.
Sudah pasti kewujudan Velodrom Nasional diharapkan dapat melahirkan lebih ramai jagoan dunia seperti yang dikecapi Azizulhasni Awang.
Tahun 2017 menyaksikan sukan berbasikal Malaysia mencipta satu lagi sejarah susulan kejayaan Azizulhasni merangkul gelaran juara dunia acara keirin dalam Kejohanan Dunia yang berlangsung di Hong Kong.
Selepas 10 tahun mengerah keringat dan tenaga, impian Azizulhasni untuk berada setanding dengan jaguh handalan dunia yang lain sudah tercapai.
Begitupun, dia dan beberapa rakan seperjuangan lebih banyak berlatih di luar negara, khususnya di Melbourne, Australia, kerana ketiadaan velodrom yang setanding di Malaysia sebelum ini.
Tarikh 25 Mei menyaksikan sejarah baru buat sukan tanah air apabila Velodrom Nasional dilancarkan secara rasmi oleh empat jagoan lumba basikal negara, iaitu Datuk Ng Joo Ngan, Rosman Alwi, M. Kumaresan dan tidak ketinggalan Azizulhasni sendiri.
Menelan kos RM80 juta, velodrom ini menggunakan permukaan kayu jenis spruce dan mula dibina sejak Januari 2016.
Ia dapat menampung seramai 1,800 penonton serta turut merangkumi pelbagai kemudahan asas di samping dimensi trek sejauh 250 meter.
Malah, ia juga menerapkan konsep yang berbeza jika dibandingkan dengan velodrom utama lain di luar negara.
"Kebiasaannya, velodrom berbentuk bujur atau bulat.
"Kami ingin lari daripada konsep yang selalu kita lihat. Kami tampil dengan reka bentuk yang sedikit berbeza apabila kami mengetengah bentuk kiub.
"Ia merupakan inisiatif asal daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, sendiri yang ingin melihat Velodrom Nasional melambangkan bendera Malaysia," kata Pengarah Arkitek Velodrom Nasional, Badli Shah.
Kini, velodrom yang di bawah seliaan penuh Majlis Sukan Negara (MSN) itu perlu dipastikan agar ia tidak menjadi projek gajah putih.
Lantaran itu, Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, memberi jaminan velodrom berkenaan akan dimanfaatkan sebaik mungkin sama ada untuk latihan mahupun kejohanan dalam dan luar negara.
Pembinaan Kompleks MSN Nilai berhampiran velodrom itu bagi menggantikan MSN Keramat turut dapat menampung atlet memanah, sepak takraw, tinju dan petanque.
"Kami dalam perancangan menyediakan lapang sasar yang tidak memerlukan struktur bangunan yang besar di Nilai.
"Ia akan dilengkapi asrama dan dewan tertutup yang boleh dijadikan pusat latihan," kata Shapawi.
Sudah pasti dengan adanya Velodrom Nasional, tidak mustahil ramai lagi yang akan mendapat peluang untuk mengikut jejak langkah Azizulhasni.
Selain itu, Veldorom Nasional sudah pasti menghadirkan gembira buat skuad berbasikal trek Paralimpik negara.
Ini kerana, mereka mengalami kesukaran untuk menjalani latihan dan persiapan untuk menghadapi beberapa kejohanan utama di peringkat antarabangsa.
Sebelum ini, mereka pernah berlatih di Velodrom Cheras namun perbezaan daripada segi dimensi dan juga permukaan trek nyata menjadi cabaran buat mereka.
Tiada yang lama tiada yang baru, lantas legasi yang ditinggalkan oleh Velodrom Cheras itu diharapkan dapat diteruskan di Velodrom Nasional bagi memastikan lebih ramai pelumba berbakat dapat dibentuk.
Itu yang diharapkan bekas pelumba basikal trek negara, Rizal Tisin serta Josiah Ng.