Azizulhasni Awang muncul pelumba pertama memenangi perlumbaan di Velodrom Nasional, Nilai selepas menewaskan Josiah Ng dalam aksi pertunjukan acara pecut, hari ini.
Kedua-dua pelumba berkenaan kemudian menyertai bekas jaguh berbasikal negara, Datuk Ng Joo Ngan, M. Kumaresan dan Rosman Alwi, untuk merasmikan velodrom kelas pertama Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu.
"Kami sangat teruja selepas masuk ke velodrom ini, penuh dengan penonton.
"Kalau macam ini keadaannya, kami berlumba betul-betul bersemangat. Saya rasa velodrom ini terbaik dan saya amat bersyukur kerana kita akhirnya memilikinya," kata Azizulhasni.
Velodrom dengan trek sepanjang 250 meter itu menelan belanja RM80 juta dan mengambil masa selama dua tahun lima bulan untuk disiapkan.
"Saya dan bekas pelumba lain sebelum ini menjadi pencetus kepada pembinaan velodrom ini dan anda boleh lihatnya hari ini," kata Josiah.
Turut serta dalam majlis perasmian itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
"Saya melihat Khairy tidak melupakan juara-juara sebelum ini. Sekurang-kurangnya dia mengingati semua juara," kata Joo Ngan, mengulas mengenai pembabitan bekas pelumba negara dalam majlis itu.
Velodrom berkapasiti 2,000 tempat duduk itu dijangka menjadi lubuk emas negara menerusi sasaran 13 pingat emas dalam Sukan SEA, 19-30 Ogos ini.
Malah, Rosman dan Kumaresan percaya ia perlu digunakan sepenuhnya dengan mengadakan banyak kejohanan demi melahirkan lebih ramai jaguh dalam sukan berbasikal trek.
"Ia adalah untuk melahirkan pelumba yang lebih baik lagi kerana ini antara velodrom yang terbaik di dunia. Saya mengharapkan pelumba akan datang buatlah betul-betul dan memperbanyakkan perlumbaan di sini," kata Rosman.
Sementara itu, Kumaresan berkata: "Saya mengharapkan lebih ramai pelumba yang akan muncul sebagai juara dunia seperti Azizulhasni kerana kita sudah ada velodrom yang canggih. Sudah pasti kita perlu mengadakan banyak perlumbaan."