Skip to main content

Hoki

Van Huizen: Usah gentar dengan Argentina

van-huizen-160617.jpg
Ketua jurulatih skuad hoki negara, Stephen Van Huizen, tidak mahu anak buahnya terlalu menghormati lawan, sebaliknya cuba untuk beraksi dengan prestasi terbaik menjelang aksi sulung separuh akhir Liga Dunia di London, awal pagi esok.

Kali terakhir Malaysia menewaskan pasukan nombor satu dunia itu adalah 25 tahun lalu dalam saingan Sukan Olimpik 1992 di Barcelona, Sepanyol.

Sejak itu, Malaysia hanya menanggung kekalahan setiap kali bertemu pasukan Amerika Latin itu, namun ia bukan alasan buat anak-anak buah Van Huizen untuk berjuang demi mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata.

“Mereka sememangnya pasukan yang mempunyai skil yang tinggi. Kami menghormati mereka tetapi tidak bermaksud kami akan menggunakan teknik bertahan semata-mata.

Kami akan melawan dan beraksi sehabis baik,” katanya.

Skuad negara turun menyaksikan pertemuan Argentina dan Korea Selatan semalam, sekaligus memberikan bayangan corak permainan yang akan ditampilkan.

Advertisement

Must Watch Video