Skip to main content

Permotoran

Ujian perlumbaan MotoGP di SIC penuh kejutan

31117dovizioso.jpg
Hari pertama sesi ujian MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam menyaksikan beberapa kejutan berlaku, antaranya penampilan pelumba Kejohanan Superbike Dunia (WSBK), Casey Stoner, dan kemunculan muka baharu yang juga pelumba percubaan pasukan Suzuki, Takuya Tsuda.

Stoner, yang beraksi dalam WSBK, mendominasi hari pertama sesi ujian dengan catatan terpantas, 1m 59.681s, sekalipun beraksi dalam keadaan hujan dan litar basah.

Sementara itu, pelumba Ducati, Andrea Dovizioso, yang menjuarai MotoGP Malaysia musim lalu, turut cemerlang apabila hanya ketinggalan 0.115s di belakang Stoner.

"Saya sangat gembira bagaimana kami memulakan perlumbaan ini kerana kelajuannya sangat bagus dan tanpa banyak tekanan.

"Kami perlu melakukan banyak kerja tetapi hari ini (semalam) hujan. Saya harap cuaca bertambah baik kerana banyak laluan yang perlu dicuba," katanya. 

Musim baru MotoGP turut hangat dengan kemunculan juara dua kali kategori Moto2, Johan Zarco, yang menamatkan cabaran di tempat ke-14 dengan catatan terpantas 2m 01.224s.

Tidak dilupakan seorang pelumba Asia, Takuya Tsuda, yang mewakili pasukan Suzuki di tempat ke-19 dengan 2m 01.082s.

"Agak sukar untuk seorang pelumba Asia bersaing dengan pelumba terbaik dari Eropah dan Amerika Syarikat, tetapi saya berpuas hati dengan jentera saya pada hari ini.

"Meskipun litar basah kerana hujan pada waktu petang, saya berasakan catatan masa hari ini tetap terbaik," kata Tsuda.

Peminat sukan permotoran pastinya sudah tidak sabar untuk menantikan saingan MotoGP yang akan membuka tirainya di Qatar, 26 Mac nanti.

Advertisement

Must Watch Video